along bagi jam CASIO

 
haiii
bertemu lagi kita di entri baru ini 
kali ni tak nak cakap banyak . entri ni tak cerita apa pun dan hanya sebuah entri yang ringkas .
saja nak share dengan korang .

nampak tak jam tu ? takkan tak nampak pulak kan ? *soalan kurang cerdik* -__- . okay ! jam tu sebenarnya along bagi kat asha . alaaa , abang asha yang poyo tu . Rasa macam mimpi dan menimbulkan persoalan "abang aku ni demam ke?" asha pelik jugak sebab masa dia bagi asha jam tu asha tengah godek-godek blog asha ni haaa . *tiba tiba* "ADIK, kau nak tak jam ni? ambillah" eh , rezeki depan mata . asha pun dah lama nak rembat tapi barang orang kan . lagi pun dia kan abang . HAHAHA *ayat Mr.H* so dah alang alang tu asha buat lah entri terus kan? senang je sebab tak tau nak cerita apa . so ada lah bahan untuk share dengan korang . asha appreciate lah kat abang asha tu sebab dia tu datang mood okay je dia nak bagi barang dia kat asha . kalau tak .. masyaallah -..- dan teriam kasih lah gemuk sebab hadiahkan adik kau jam itu . batak bukan? kau hadoo? HAHAHAHA

see you soon






THANKS FOR READING

Surat cinta untuk bakal suamiku...

 
AMARAN!!!
kepada sesiapa yang ada mual, loya atau alahan dengan entri kali ni . anda disyorkan menyediakan baldi disebelah atau shutdown je laptop tu sebelum perkara tersebut terjadi. Noted...


tiba tiba malam ni terdetik nak buat surat untuk bakal suami. rasa malu pulak , kalau awak baca jangan gelak tau . tak baik ! ini buat pertama kali saya buat warkah cinta dalam hidup saya . berdebar-debar pulak hati ni nak menaip walaupun saya tahu tak ada siapa yang melihat saya saat ni.

awak.....
 saya masih tertanya-tanya siapa lah awak yang ALLAH ciptakan untuk melengkapi hidup saya . Imam dalam sujud saya . pelengkap senyum dan tangis saya . bakal ayah kepada anak-anak saya. siapakah awak? adakah awak yang pernah berbalas senyum dengan saya ? adakah awak yang sering buat saya tertawa? adakah awak yang saya tak pernah bersua muka ? saya pun tak pasti semua tu sebab jodoh itu rahsia allah. hanya allah yang tahu ...
 
awak.....
saya minta maaf terlebih dahulu sebab sebelum kita diijabkabulkan saya tidak menjaga aurat saya dengan sempurna , akhlak saya, tutur kata saya dan segala perbuatan saya sebelum saya menikahi awak. maafkanlah diri ini ... Saat saya menulis surat ini untuk awak  mungkin awak berpasangan dengan wanita lain atau mungkin awak mencari jodoh seperti saya . hanya satu saya minta dari awak , kawallah diri awak agar tidak terlanjur melakukan perbuatan yang dimurkai allah .
 
awak.....
saya ni tidaklah sebaik muslimah yang lain . saya juga seringkali tewas dengan bisikan syaitan . saya terpengaruh dengan kehidupan yang dikelilingi perbuatan maksiat.tetapi yakinlah awak pada diri saya yang saya sudah berubah .berubah kearah kebaikan, dan saya berharap saat saya diijabkabulkan dengan awak nanti saya sudahpun menjadi seorang wanita dan isteri yang solehah . yang menjaga maruah dan nama baik awak sebagai seorang suami. saya juga berharap yang awak akan terima seadanya diri saya sekarang mahupun masa silam saya . 
 
awak.....
wahai bakal suami dan imam dalam solatku ,saya jujur pada awak . awak bukanlah yang pertama yang hadir dalam hidup saya . awak jua bukanlah yang pertama menerima cinta saya dan saya rasa menyesal kerana memberi cinta saya pada orang yang salah . maaf , bukanlah niat dihati . saya hanya insan yang ingin dicintai tapi saya salah waktu dan orang . dalam perjalanan hidup saya sebelum berjumpa dengan awak. saya seringkali tersungkur mengungkap perkataan "ILOVEYOU" pada insan lain yang pernah hadir sebelum diri awak . maafkan saya kerana lalai .

Mr.Right imamku.....
saya tak berharap awak sesempurna RASULULLAH SAW . asalkan awak mengamalkan sunnah beliau dalam mendidik saya. saya mengharapkan kejujuran dan kesetiaan dari awak yang saya tak pernah rasa sebelum saya bertemu dengan awak. ketahuilah bakal suamiku , saya sering menangisi sikap mereka yang tidak jujur dan tidak menghargai saya dulu . saya tahu lelaki yang baik untuk perempuan yang baik . dengan itu saya berusaha untuk jadi yang terbaik agar saya mendapat pasangan yang baik . mohon bersabar kerana aku sekarang sedang berubah ...
 
bakal suamiku.....
akan saya ceritakan perjalan hidup saya setelah saya bergelar isteri kepada awak. saya nak awak menjaga saya , melindungi maruah saya dan sentiasa disisi saya tak kira saat saya susah mahupun senang . sudikah awak berbuat demikian? bakal suamiku..saya harap awak bukanlah seorang perokok yang tegar sebab saya alah dengan bau asap rokok tapi kalau awak merokok tolonglah isap rokok jauh-jauh okay. dan andai awak seorang yang suka makan harap bersabarlah kerana saya bukanlah seorang masterchef dan saya harap awak dapat membantu saya didapur nanti. kalau saya masak terlebih atau terkurang garam awak janganlah kutuk tau.hehehe .. dan kalau saya mengemas rumah pulak sudi-sudilah ringankan tangan dan kaki awak untuk membantu saya mengemas . barulah sweet kan? barulah macam pepatah kata berat sama dijunjung , ringan sama dijinjing .
 
banyak saya mahukan dari awak tapi saya rasa tak perlulah saya senaraikan masa sekarang. saya berharap awak mampu dan redha terima saya seadanya sebagai penyeri hidup awak walaupun saya tak berseri .hehehe , saya nak awak tahu yang saya akan sayang dan cintakan awak sepenuh hati saya . dan bersabarlah dengan perangai dan kerenah saya saat kita bersama nanti. Dari hati yang tulus ikhlas buat bakal suamiku yang aku tidak tahu siapa gerangan mu yang diciptakan allah untukku di Loh Mahfuz, terimalah diri saya seadanya. dengan lafaz Bismillahirohmanirrahim , aku bukakan pintu hati aku untukmu ..
 
salam rindu :
NURSHAHIRA BINTI MUSA
 
 


THANKS FOR READING

terima kasih ibu.

Assalamualaikum dan hai hai hai
lama betul tak update entri baru . rindu tak? hehehehe
actually tak busy mana pun cuma lappy tiada ditangan . kawan along pinjam -,-
and now dah dipulangkan semula. so boleh update entri sampai lebam 
okay okay . tak payah cerita banyaklah, disebabkan dah lama asha tak buat entri. asha ada satu cerita nak share dengan korang dan ia mengenai life asha dengan Mr.H lah . siapa lagi kan , hero pujaan malaya mak noq. hahaha tapi  ni nak cerita tentang ibu Mr.H .

hmmm, disebabkan sekarang Mr.H masih tak sembuh , asha pun keraplah kerumah ibu untuk berjumpa dan melawat dia . Mr.H masih tak boleh berjalan macam biasa lagi dan menggunakan tongkat .tapi alhamdulillah , beransur pulih . slow slow lah awak ye untuk sembuh . insyaallah , lepas ni boleh main futsal sampai lebam . hehehehe .. eh , kejap kejap . sebenarnya nak story pasal ibu . ibu Mr.H . hari ahad masa tahun baru cina tu asha , yana dan fatin ada datang rumah ibu untuk melawat ibu sebab Mr.H cakap ibu tak berapa sihat. so kitorang datang tengok ibu tanpa bawak apa apa dan hanya sehelai sepinggang -,- *maaf ibu*
ibu siap jamu makan lagi . haihhh ibu ni , susah susah jelah . then masa kitorang habis makan tu ibu nak keluar dengan ayah pergi jemputan walimatulurus orang kampung situ jugak dan kitorang pun nak gerak jugak sebab dah janji dengan fadhil dan nizam. masa nak salam salam ibu tu, ibu ada bagi asha satu surat :) fuhyoooo .. dapat angpau ! kau adoo? ahahha , taklah. asha gurau je. asha simpan surat tu dalam beg terus. rasa macam tak sabar nak balik rumah sebab nak baca surat ibu bagi tu . sampai je rumah terus masok bilik dan bukak surat ibu . baca perlahan-lahan.
airmata jatuh tiba-tiba . ibu sangat sweet :)
asha tak tahu nak kata apa masa baca surat tu . allah je tau apa asha rasa . 
terima kasih ibu .
ibu terima kasih sebab selalu masak dan jamu asha makan setiap kali asha datang . 
terima kasih sebab kasih sayang itu
terima kasih sebab layanan mesra yang Ibu bagi 
terima kasih untuk penerimaan baik asha dalam keluarga ibu
terima kasih untuk semua perkenalan ni . 
terima kasih ibu .
mama selalu pesan kat asha "jaga adab depan orang tua. jangan gedik gedik." tapi asha gedik jugakkan ibu? hahahha
terima kasih ibu untuk semua :)

ASHA SAYANG IBU.






THANKS FOR READING

life is short

senyum selagi ada gigi
senyum selagi ada sinar matahari
senyum selagi ada bulan menemani
senyum selagi ada seseorang menghampiri
senyum selagi kita masih diuji
senyum selagi kita diberi kekuatan untuk berdiri
senyum selagi kita masih mampu untuk hidup berdikari

 hopefully...

yaaa ... senyumlah sayang agar kita boleh hidup walau tanpa alasan
saya cuba tersenyum saat orang yang saya sayang menyayangi orang lain
saya cuba tersenyum saat saya dah tak kuat untuk hadapi semua dugaan allah ini
saya cuba tersenyum agar saya dapat kebahagiaan dihari kelak
saya cuba tersenyum agar orang sekeliling saya turut tersenyum
saya cuba tersenyum walau dalam hati saya punya 1001 rasa..
saya cuba tersenyum saat saya tak diperlukan lagi 
saya cuba . ya saya cuba :)

ya allah , beri aku kekuatan agar aku dapat jalani segala ujian mu ya allah . beri aku ketenangan agar aku terus tabah untuk semua ini . beri aku kebahagiaan agar aku tahu hidup ini bukan hanya untuk disakiti . berikan aku segala rasa cinta agar aku tidak melukai hati insan lain . ya allah ... saat aku hilang harapan dan tujuan , berikan aku kekuatan dan kesabaran untuk hadapi semua ini . dan berikan aku rasa syukur bahawa takdirmu melebihi segalanya .
amin...





 

THANKS FOR READING

jaga Mr.H

fiuhhhhh , penat !
asha penat sangat , rasa macam tak cukup tidur pun ada .
tapi penat asha berbaloi sebab asha dapat jumpa Mr.H .
tadi masa pergi melawat dia . ibu ada jugak , borak borak dengan ibu kejap lepastu masok bilik tengok Mr.H . tenang je dia tidur , tapi muka dia nampak lesu sikit. mungkin baru lepas operation . tu yang nampak lesu tu . asha tak kacau dia . tiba tiba dia terbangun "bila awak sampai?" soalan ke itu? hahahahah , yelah  . dah awak tidur . mana nak perasan saya datang . lagi pun saya tak nak ganggu awak . awak kena banyak rehat . asha kesian tengok Mr.H , badan dia panas . demam ! pastu ada nurse datang berborak , dia usik usik Mr.H pastu dia nak tengok kaki Mr.H ade ke nurse tu mintak izin asha . HAHAHAHA , nurse tu cakap "nak tengok sikit ek, boleh tak?" haiyakk.. dah malu gila masa itu . ibu pulak tak ada sebab ibu turun bawah pergi makan . segan baq hang ! pastu dah habis borak tu , kitorang berkenaln semua tu then sesi check tekanan darah dan suhu badan Mr.H . disebabkan badan dia panas . nurse tu suruh asha lap badan Mr.H . ya allah , saya kawan dia lah awak ! adoiiii ... ibu tak naik naik lagi . so asha pergi basahkan kain , amek air then masok je bilik tengok ibu dah ada . fuhhh! lega ! pastu asha bagi tahu ibu yang nurse tu suruh lap badan Mr.H . asha ingat asha bagi tahu ibu tu ibu lah buat , sebab takkan asha pulak yang nak buat kan ?
tapi.... 
ibu suruh asha buat , bila asha bagi kat ibu , ibu suruh asha buat jugak . errrrrr -,- malunya !!!
tanpa memandang Mr.H , asha lap jelah muka dia , tangan dia , BADAN dia ! boleh pulak dia pandang pandang asha , bila orang cakap jangan pandang . dia boleh senyum . GATAL !!! pastu nurse tu masok bagi panadol , segan asha masa tu . ishhhhh !!
lepas siap semua tu, asha mintak diri untuk balik . ibu pesan macam macam . 
ibu ajak BBM malam ni , tapi Mr.H dah delete asha . so tak dapatlah asha BBM dengan ibu .
okaylah . see you soon !




THANKS FOR READING

awak kena kuat

lemahnya badan ni
sakita segala urat sendi
rasa malas nak pergi kerja
tapi apakan daya .
errrr , tak payah nak pasrah sangatlah ayat tu asha .
hmmm
asha tak tahu nak cerita apa
tak tahu tangan ni nak type apa
tapi hati asha tetap nak create new post untuk readers asha 
untuk luahkan apa asha rasa
harap korang semua sudi baca 

actually , asha rindu kat Mr.H sangat sangat. asha tak tahu nak luahkan rindu tu macam mana . tapi asha rindu sangat . asha rasa macam nak tatap muka dia sepanjang masa . jaga dia setiap waktu , ada untuk dia setiap kali dia perlukan . hmmm , asha sayang dia . semalam pergi tengok dia , sempat lagi dia kenyit mata n dia cakap "saya sayang awak, sayang sangat"
awak .. saya pun sayang awak !

hmmm , asha takut tengok dia macam tu . kesian dia , asha tahu dia sakit sangat even dia cakap dia kuat macam tiger . hahaha , pandai awak nak sedapkan hati saya ye . asha rasa macam nak peluk dia je bagi semangat . nasib baik iman masih kuat , alhamdulillah . 
awak ... saya mintak maaf semalam saya tak kuat nak tengok awak , saya ternangis depan awak . maaf ye awak . saya tak tahu nak buat apa . awak genggam tangan saya pun saya rasa nak nangis lagi . hmmm , kesian awak ..
awak kena tahu semua yang berlaku ni ada hikmah , sebalik kedukaan ini insyaallah kita akan temu bahagia. kita sama sama doa ye awak . semoga awak cepat sembuh , dan alhamdulillah awak selamat menjalani operation tu dengan sempurna . tu semua berkat doa ibu , awak kena hargai jasa ibu . ibu teman awak , jaga awak ,kesian ibu . awak kena kuat jugak untuk ibu . semoga awak cepat sembuh .
saya sayang awak Mr.H







THANKS FOR READING

panggilan petir

malam yang berbeza
suasana yang lain
nyata aku perlukan dia
terasa sunyi dan kosong tanpa dia

 saya sayang awak

Asha nak share dengan readers asha . hope korang doakan kesihatan dia , kecekalan hati dia , keselamatan diri dia . terima kasih ... mesti korang tak faham apa , mari sini asha terangkan apa yang berlaku.. 21/01/2013 hari isnin tak sure pukul berapa . dalam 11lebih macam tu kot . asha dapat panggilan , dari Mr.H .. dia cakap dia accident ! panggg!!! rasa macam kene panah petir . ya allah , saat tu allah je tahu macam mana asha rasa dan orang lain takkan faham . lepas tu asha terus call mama asha then mama suruh tengok dia . Mr.H kat hospital tengku ampuan rahimah,klang . mula mula tu asha down gila , asha menggeletar , rasa macam tak lepas nak berdiri tapi asha kena kuat . even hati asha tak mampu , asha kena kuat .. asha pun gerak ke hospital , sampai je sana . asha call ibu Mr.H then ibu sambut asha kat pintu wad . masa tu hati berdebar-debar nak tengok Mr.H , ketar lutut , sampai je kat katil Mr.H , asha rasa macam nak rebah kat situ . ya allah ... tak sanggup nak tengok dia . tak habis lagi kenangan semalam , dia usik asha . makan dengan asha , jalan jalan dengan asha , gelak ketawa semua tu masih terbayang . baru semalam asha dengan dia bergurau senda .. ya allah , dugaan untukku terlalu hebat.. tengok dia terlantar atas katil , berkerut muka tahan sakit . ya allah , rasa macam nak peluk tubuh itu untuk beri semangat . rasa macam nak tukarkan kesakitan yang dia tanggung pada diri asha . tak sanggup tengok dia sakit , tak sanggup ! sekarang pukul 11:40pm Mr.H dah masok dalam bilik operation . semoga semuanya berjalan dengan lancar , semoga allah merahmatimu Mr.H , semoga Mr.H sihat seperti sedia kala , semoga awak cepat sembuh . saya sayang awak !





THANKS FOR READING

dugaan untukku

"jangan cakap seseorang itu sudah beriman andai dirinya tak pernah diuji dengan dugaan allah"

ya allah...
aku insan kerdil dihadapanmu
yang penuh dengan dosa
yang hanya tahu meminta tanpa segan silu 
yang selalu mengharap padamu
agar hidupku menjadi bahagia selamanya
tapi...
dugaan apa yang kau beri ini?
ujian apa yang cuba aku hadapi ini?
ya allah ya tuhanku..
aku harus kuat untuk bersama dia
aku harus tabah dihadapan dia
hati aku harus tegar untuknya
aku harus..
ya allah ...
baru semalam aku rasa bahagia .
dengan dia aku gembira
kenapa cepat kau hlangkan rasa tu?
aku tak kuat ..
aku lemah tengok dia terlantar kesakitan
menahan perit
sakit yang tak terkata
ya allah...
kau tabahkan hatinya , kau kuatkan jiwanya .
kau beri dia semangat
kau sihatkan tubuh badannya seperti sedia kala
sesungguhnya dia punya harapan dari sebuah keluarga .
dia seperti kaki untuk ibunya.
ya allah ..
kau makbulkanlah doa hambamu ini

amin ....

THANKS FOR READING

terima kasih ya allah



ya allah
kau kurniakan aku nikmat yang nyata aku dah miliki 
kau kurniakan aku kebahagiaan yang aku impi
kau kurniakan aku insan yang terindah dan istimewa pernah aku kenali
kau berikan aku rasa cinta yang sejati
kau berikan aku segala nikmat yang akan aku hargai
terima kasih ya allah

tak cukup dengan itu .
kau berikan aku seorang mama yang tabah
yang kuat dalam menjalani kehidupannya
seorang mama yang penuh dengan kasih sayang
seorang mama yang sentiasa ada untuk anaknya
seorang mama yang mengambil berat
seorang mama yang berilmu agama
seorang mama yang mampu membawa anak anaknya ke jalan mu
terima kasih ya allah






THANKS FOR READING

terima kasih cinta



awak, terima kasih untuk 20/01/2013 .
bawak saya jalan jalan
belanja saya makan
topup minyak moto saya
jaga saya dengan hati hati
buat saya gembira
buat saya bahagia
saya happy sangat

tapi....
lepas saya balik je dari jumpa awak
saya rindu
rindu yang tak terkata
saya nak nangis
saya dah nangis
awak call untuk tenangkan saya
tapi saya lagi sedih
saya rindu awak
seriously ...
saya nak awak.
berada disisi awak tak kira masa
saat saya dah halal buat awak
bilalah saat itu akan berlaku?

semoga allah satukan hati saya dan hati awak
semoga allah halalkan saya untuk awak
semoga allah restu hubungan saya dan awak
semoga cinta kita bersatu
semoga kebahagiaan milik kita
semoga saya dan awak kekal bahagia
semoga harapan ini termakbul untuk suatu hari nanti
amin amin amin ya rabb ...



 


THANKS FOR READING

kalau




kadang kadang bila kita dah sampai dipuncak
kita masih lihat kebawah
kadang kadang bila kita sudah berada ditengah
kita masih mahu berpatah balik
kadang kadang bila kita dah maju kedepan
kita masih mahu menoleh ke belakang
itu semua sebab kenangan
kenangan tak boleh dipadam
kenangan tak boleh diulang
kenangan jugak buat kita dewasa
kenangan buat kita kuat
kenangan buat kita tabah
itu semua kenangan

sayang tak semestinya cinta
cinta tak semestinya rindu
rindu tak semestinya perlu
perlu tak semestinya suka
suka tak semestinya memiliki
memiliki tak semestinya menguasai




kalaulah asha tahu asha dilahirkan hanya menyakitkan hati insan lain
asha tak nak wujud didunia
kalaulah asha tahu asha dibesarkan hanya menyusahkan insan lain
asha tak nak ada kat sini
kalaulah asha tahu asha dihidupkan tidak membawa kebahagiaan
asha tak nak wujud
tapi tu semua kalau . realitinya asha tak tahu .
asha insan biasa sama seperti semua .
asha tak kuat .
lemah
tapi asha tahu allah ada untuk asha
terima kasih ya allah

teima kasih kerana membaca.




THANKS FOR READING

suatu hari nanti


biar masa satukan kita
 
asha sayang awak
asha selalu rindu awak
asha perlukan awak
asha nakkan awak
asha cuma nak awak
tak salah kalau asha jatuh cinta kat awak

asha tak tahu kenapa awak insan penting dalam hidup asha
asha tak tahu kenapa awak boleh jadi penting untuk asha
asha tak tahu kenapa .
asha tak tahu
tapi yang asha tahu asha nak awak

 tapi....
ada suatu perkara yang menghalang kita
hubungan awak dengan dia
awak ...
asha rasa bersalah sangat .
kenapa ada asha diantara awak dan dia?
kesian dia kan awak kan?
hmmm,
perempuan . asha faham perasaan perempuan . asha pun perempuan
asha tahu sakit bila ditinggalkan
tapi asha percaya tu semua kuasa allah
awak....
asha selalu doa awak jadi milik asha 
walaupun bukan sekarang mungkin suatu hari nanti.
ye, suatu hari nanti
asha tunggu awak
insyaallah .. asha sabar tunggu awak
semoga penantian asha bukan sia-sia.
awak..
kenang asha dalam doa awak
asha sayang awak
sayang sangat
:)
to capital HAR




THANKS FOR READING

sure kita sahabat selamanya...

nak buat lagi entri..
kali ini entri memainkan peranan emosi yang high.
tersentuh tentang sahabat.

yana
fatin
asha
siti
kami sahabat.
orang kata kalau berdua pasti ada yang ketiga. bila dah ada yang ketiga akan ada perselisihan faham so kami berempat. mudah .. senang je nak pergi mana mana sebab dah ada couple .
okay cun!
selama kami bersahabat siapa kata kami sentiasa ketawa?
kadang kadang ada jugak menangis
ada jugak salah faham
ada jugak gaduh gaduh
ada jugak yang meninggi suara
sebab apa? sebab kami tak satu pendapat.
ada je yang nak di debatkan.
tapi akhirnya kami akan ketawa.
dalam persahabatan ini sebenarnya banyak dugaan .
even kita ada masalah, kita mesti nak jugak buat sahabat kita ketawa .
kita mesti berusaha nak buat dia gembira.
kita mesti.
asha sayang diorang ni.
kenal dengan diorang baru asha tahu macam mana happy nya ada sahabat.
walaupun kadang kadang mereka menyakitkan hati.
hahahahaha
jujurnya asha ni wehhh...
wehhh, aku tahu persahabatan kita masih baru . masih tak kukuh , hubungan ni masih goyah . aku tahu kita masih ada perasaan yang tak menyenangkan even antara kita sentiasa gembira . apa apa pun asha sayang korang . asha harap kalau kita ada masalah , tolonglah jangan pendam . kalau ada hal yang remeh pun bagi tahu je, aku tak nak ada dendam antara kita . aku nak kita bersahabat sampai bila bila. biar orang pertikaikan persahabatan kita , biar orang cakap apa pun tentang kita . kita tahu siapa kita dengan kita , kita tahu hati budi kita . kita cuma pertahankan persahabatan kita. aku nak korang kuat , aku tahu korang tabah. even yang lain mengecewakan , carilah sahabat yang membahagiakan . terima kasih korang yang sentiasa buat aku tersenyum bahagia .

terima kasih kerana membaca.

salam sayang....                  


 


THANKS FOR READING

gemuk poyo

assalamualaikum and hi all
wah wah .. asha nak buat entri baru lagi . malam malam macam ni baru ada feel nak menaip.
so entri ni asha nak story tentang abang .


okay... asha tak tahu kenapa asha nak cerita pasal mamat poyo ni . hati tergerak dan terusik akal ni nak cerita pasal dia . sorry to say , asha tak banyak gambar dia . ni je yang ada , korang tak payah tengok muka full dia sebab dia terlalulah handsome guy. hahahah, takut para gadis jatuh cinta. hahahha , poyo bukan ayat asha ? ada aku kesah semua tu? haha , kay, back to the story .  dia ni abang asha , nama dia muhammad shahid . asha panggil dia gemuk je walaupun sekarang dia dah semakin kurus . okay fine *jealous* dia ni selalu buat hidup asha huru hara , menyakitkan hati dan terlalu sakit hati. tapi kadang kadang bila dia tak ada , seriously sunyi sangat . terasa macam ketiadaan dia , dia ni kuat berjalan tapi datang penyakit dia duduk rumah , masyaallah . rimas pulak tengok ! haha , kadang kadang dia lah sahabat , dialah kakak , dialah abang , dialah cikgu , dialah kaunselor dan kadang kadang boleh jugak jadi bank . hahaha , berguna bukan? asha ada sorang je abang ! kitorang dua beradik je , that's why bila dia tak ada asha rasa sunyi . kami satu kepala , walaupun suka gaduh , gaduh manja apa . hahaha ... sekarang dia dah ada twitter and asek gaduh kat twitter je lah . tapi nampak sweet , gaduh kat whatsapp dah selalu , dirumah jangan ceritalah . sampai kena marah dan dibebel oleh opah . how sweet kami ? pukul pukul pukul then ketawa sama sama . ehh , hahah . endingnya , asha sayang along asha ! dia je abang yang asha ada dalam dunia ini .. okaylah all , nanti asha cerita lain lagi . see you soon ...

>SHAHID SHAHIRA>




THANKS FOR READING

Mr.H

assalamualaikum and hi
entri pagi pagi buta ni asha nak cerita tentang dia lagi .
someone special yang asha takkan pernah lupa atau melupakan.
SAHABAT
ya.. sahabat asha :)


seriously, dia selalu buat asha ketawa . kalau asha nak nangis atau ada problem kan bila dengar suara dia ke apa ke mesti cool je . comel je perangai dia , dan pada malam ini dia buat asha bahagia lagi . hahaha , otp dengan dia dua jam mungkin tadi . asha suka dengar dia ketawa , comel ! comel ! comel ! kau ada? hahaha . macam macam kitorang borakkan tadi . ada je benda nak cerita , nak kongsi . haishhh , banyaklah story mory . Dan dia cakap "kadang kadang kita kena ada angan angan baru boleh tercapai" yaaa ... exactly sayang ! asha pun ada angan angan ... angan angan asha , asha nak bahagiakan orang yang bahagiakan asha . asha nak cintakan orang yang cintakan asha , punya keluarga bahagia , ada baby comel , husband penyayang . how sweet ciptaan allah :) . i wish that ! okay ... back to the story .. malam ni Mr.H asek buat asha ketawa je , pastu tiba tiba dia cakap "comel" hahahah .. asha tak tau apa yang comel , bila asha tanya dia tukar topik . "awak ! saya tahu saya comel" hahahahah , *eleh, sekali sekala perasan* dia cakap lagi "awak jangan nangis , jangan nangis sebab saya. nangis sebab yang kat atas tu tak apalah" see that ! betul apa Mr.H cakap kan . tapi kan , kadang kadang bila kita terlalu rindukan seseorang atau ada masalah apa apa , airmata jadi sahabat . bila kita tak mampu luah , airmata yang jadi saksi luka tu . hmm , asha sayang dia . sayang ! semoga persahabatan kita kekal hingga akhirnya ... 

terima kasih kerana membaca
ASHA 

THANKS FOR READING