UNTUK BUATMU TEMAN

 
Untuk buatmu teman,
Nasha & Haidir
bukan mudah untuk mencari kawan
bukan mudah untuk mengerti kawan
ada kawan sembang sembang
ada kawan makan kawan
ada kawan sama susah
ada kawan boleh dengar segala keluhan
kawan,
melayari kehidupan ini bukan mudah
kadang-kadang ada perkara yang boleh buat kita terluka
kadang-kadang ada perkara yang boleh buat kita tersenyum
kadang-kadang ada perkara yang boleh buat kita menangis
kadang-kdang ada perkara yang boleh buat kita ketawa
kawan,
nilai persahabatan itu tidak ternilai
bolehkah nilai persahabatan itu diganti dengan wang ringgit?
kalau boleh
aku mahu tahu berapa harganya kawan?
berapa harga budimu kawan?
kawan,
yang pasti kehidupan ini bersifat sementara
cukup pengisiannya dengan corak kehidupan
hingga wujud kawan,teman,sahabat ataupun apa sahaja panggilan yang setaraf dengan nilai kawan.
kawan,
aku tidak takut untuk jadi berbeza
aku tahu kau dan lain akan melengkapi setiap perbezaan kita.
Sekian,
NURSHAHIRA ASHA

THANKS FOR READING