along bagi jam CASIO

 
haiii
bertemu lagi kita di entri baru ini 
kali ni tak nak cakap banyak . entri ni tak cerita apa pun dan hanya sebuah entri yang ringkas .
saja nak share dengan korang .

nampak tak jam tu ? takkan tak nampak pulak kan ? *soalan kurang cerdik* -__- . okay ! jam tu sebenarnya along bagi kat asha . alaaa , abang asha yang poyo tu . Rasa macam mimpi dan menimbulkan persoalan "abang aku ni demam ke?" asha pelik jugak sebab masa dia bagi asha jam tu asha tengah godek-godek blog asha ni haaa . *tiba tiba* "ADIK, kau nak tak jam ni? ambillah" eh , rezeki depan mata . asha pun dah lama nak rembat tapi barang orang kan . lagi pun dia kan abang . HAHAHA *ayat Mr.H* so dah alang alang tu asha buat lah entri terus kan? senang je sebab tak tau nak cerita apa . so ada lah bahan untuk share dengan korang . asha appreciate lah kat abang asha tu sebab dia tu datang mood okay je dia nak bagi barang dia kat asha . kalau tak .. masyaallah -..- dan teriam kasih lah gemuk sebab hadiahkan adik kau jam itu . batak bukan? kau hadoo? HAHAHAHA

see you soon






THANKS FOR READING

Surat cinta untuk bakal suamiku...

 
AMARAN!!!
kepada sesiapa yang ada mual, loya atau alahan dengan entri kali ni . anda disyorkan menyediakan baldi disebelah atau shutdown je laptop tu sebelum perkara tersebut terjadi. Noted...


tiba tiba malam ni terdetik nak buat surat untuk bakal suami. rasa malu pulak , kalau awak baca jangan gelak tau . tak baik ! ini buat pertama kali saya buat warkah cinta dalam hidup saya . berdebar-debar pulak hati ni nak menaip walaupun saya tahu tak ada siapa yang melihat saya saat ni.

awak.....
 saya masih tertanya-tanya siapa lah awak yang ALLAH ciptakan untuk melengkapi hidup saya . Imam dalam sujud saya . pelengkap senyum dan tangis saya . bakal ayah kepada anak-anak saya. siapakah awak? adakah awak yang pernah berbalas senyum dengan saya ? adakah awak yang sering buat saya tertawa? adakah awak yang saya tak pernah bersua muka ? saya pun tak pasti semua tu sebab jodoh itu rahsia allah. hanya allah yang tahu ...
 
awak.....
saya minta maaf terlebih dahulu sebab sebelum kita diijabkabulkan saya tidak menjaga aurat saya dengan sempurna , akhlak saya, tutur kata saya dan segala perbuatan saya sebelum saya menikahi awak. maafkanlah diri ini ... Saat saya menulis surat ini untuk awak  mungkin awak berpasangan dengan wanita lain atau mungkin awak mencari jodoh seperti saya . hanya satu saya minta dari awak , kawallah diri awak agar tidak terlanjur melakukan perbuatan yang dimurkai allah .
 
awak.....
saya ni tidaklah sebaik muslimah yang lain . saya juga seringkali tewas dengan bisikan syaitan . saya terpengaruh dengan kehidupan yang dikelilingi perbuatan maksiat.tetapi yakinlah awak pada diri saya yang saya sudah berubah .berubah kearah kebaikan, dan saya berharap saat saya diijabkabulkan dengan awak nanti saya sudahpun menjadi seorang wanita dan isteri yang solehah . yang menjaga maruah dan nama baik awak sebagai seorang suami. saya juga berharap yang awak akan terima seadanya diri saya sekarang mahupun masa silam saya . 
 
awak.....
wahai bakal suami dan imam dalam solatku ,saya jujur pada awak . awak bukanlah yang pertama yang hadir dalam hidup saya . awak jua bukanlah yang pertama menerima cinta saya dan saya rasa menyesal kerana memberi cinta saya pada orang yang salah . maaf , bukanlah niat dihati . saya hanya insan yang ingin dicintai tapi saya salah waktu dan orang . dalam perjalanan hidup saya sebelum berjumpa dengan awak. saya seringkali tersungkur mengungkap perkataan "ILOVEYOU" pada insan lain yang pernah hadir sebelum diri awak . maafkan saya kerana lalai .

Mr.Right imamku.....
saya tak berharap awak sesempurna RASULULLAH SAW . asalkan awak mengamalkan sunnah beliau dalam mendidik saya. saya mengharapkan kejujuran dan kesetiaan dari awak yang saya tak pernah rasa sebelum saya bertemu dengan awak. ketahuilah bakal suamiku , saya sering menangisi sikap mereka yang tidak jujur dan tidak menghargai saya dulu . saya tahu lelaki yang baik untuk perempuan yang baik . dengan itu saya berusaha untuk jadi yang terbaik agar saya mendapat pasangan yang baik . mohon bersabar kerana aku sekarang sedang berubah ...
 
bakal suamiku.....
akan saya ceritakan perjalan hidup saya setelah saya bergelar isteri kepada awak. saya nak awak menjaga saya , melindungi maruah saya dan sentiasa disisi saya tak kira saat saya susah mahupun senang . sudikah awak berbuat demikian? bakal suamiku..saya harap awak bukanlah seorang perokok yang tegar sebab saya alah dengan bau asap rokok tapi kalau awak merokok tolonglah isap rokok jauh-jauh okay. dan andai awak seorang yang suka makan harap bersabarlah kerana saya bukanlah seorang masterchef dan saya harap awak dapat membantu saya didapur nanti. kalau saya masak terlebih atau terkurang garam awak janganlah kutuk tau.hehehe .. dan kalau saya mengemas rumah pulak sudi-sudilah ringankan tangan dan kaki awak untuk membantu saya mengemas . barulah sweet kan? barulah macam pepatah kata berat sama dijunjung , ringan sama dijinjing .
 
banyak saya mahukan dari awak tapi saya rasa tak perlulah saya senaraikan masa sekarang. saya berharap awak mampu dan redha terima saya seadanya sebagai penyeri hidup awak walaupun saya tak berseri .hehehe , saya nak awak tahu yang saya akan sayang dan cintakan awak sepenuh hati saya . dan bersabarlah dengan perangai dan kerenah saya saat kita bersama nanti. Dari hati yang tulus ikhlas buat bakal suamiku yang aku tidak tahu siapa gerangan mu yang diciptakan allah untukku di Loh Mahfuz, terimalah diri saya seadanya. dengan lafaz Bismillahirohmanirrahim , aku bukakan pintu hati aku untukmu ..
 
salam rindu :
NURSHAHIRA BINTI MUSA
 
 


THANKS FOR READING