UNTUK BUATMU TEMAN

 
Untuk buatmu teman,
Nasha & Haidir
bukan mudah untuk mencari kawan
bukan mudah untuk mengerti kawan
ada kawan sembang sembang
ada kawan makan kawan
ada kawan sama susah
ada kawan boleh dengar segala keluhan
kawan,
melayari kehidupan ini bukan mudah
kadang-kadang ada perkara yang boleh buat kita terluka
kadang-kadang ada perkara yang boleh buat kita tersenyum
kadang-kadang ada perkara yang boleh buat kita menangis
kadang-kdang ada perkara yang boleh buat kita ketawa
kawan,
nilai persahabatan itu tidak ternilai
bolehkah nilai persahabatan itu diganti dengan wang ringgit?
kalau boleh
aku mahu tahu berapa harganya kawan?
berapa harga budimu kawan?
kawan,
yang pasti kehidupan ini bersifat sementara
cukup pengisiannya dengan corak kehidupan
hingga wujud kawan,teman,sahabat ataupun apa sahaja panggilan yang setaraf dengan nilai kawan.
kawan,
aku tidak takut untuk jadi berbeza
aku tahu kau dan lain akan melengkapi setiap perbezaan kita.
Sekian,
NURSHAHIRA ASHA

THANKS FOR READING

along bagi jam CASIO

 
haiii
bertemu lagi kita di entri baru ini 
kali ni tak nak cakap banyak . entri ni tak cerita apa pun dan hanya sebuah entri yang ringkas .
saja nak share dengan korang .

nampak tak jam tu ? takkan tak nampak pulak kan ? *soalan kurang cerdik* -__- . okay ! jam tu sebenarnya along bagi kat asha . alaaa , abang asha yang poyo tu . Rasa macam mimpi dan menimbulkan persoalan "abang aku ni demam ke?" asha pelik jugak sebab masa dia bagi asha jam tu asha tengah godek-godek blog asha ni haaa . *tiba tiba* "ADIK, kau nak tak jam ni? ambillah" eh , rezeki depan mata . asha pun dah lama nak rembat tapi barang orang kan . lagi pun dia kan abang . HAHAHA *ayat Mr.H* so dah alang alang tu asha buat lah entri terus kan? senang je sebab tak tau nak cerita apa . so ada lah bahan untuk share dengan korang . asha appreciate lah kat abang asha tu sebab dia tu datang mood okay je dia nak bagi barang dia kat asha . kalau tak .. masyaallah -..- dan teriam kasih lah gemuk sebab hadiahkan adik kau jam itu . batak bukan? kau hadoo? HAHAHAHA

see you soon






THANKS FOR READING

Surat cinta untuk bakal suamiku...

 
AMARAN!!!
kepada sesiapa yang ada mual, loya atau alahan dengan entri kali ni . anda disyorkan menyediakan baldi disebelah atau shutdown je laptop tu sebelum perkara tersebut terjadi. Noted...


tiba tiba malam ni terdetik nak buat surat untuk bakal suami. rasa malu pulak , kalau awak baca jangan gelak tau . tak baik ! ini buat pertama kali saya buat warkah cinta dalam hidup saya . berdebar-debar pulak hati ni nak menaip walaupun saya tahu tak ada siapa yang melihat saya saat ni.

awak.....
 saya masih tertanya-tanya siapa lah awak yang ALLAH ciptakan untuk melengkapi hidup saya . Imam dalam sujud saya . pelengkap senyum dan tangis saya . bakal ayah kepada anak-anak saya. siapakah awak? adakah awak yang pernah berbalas senyum dengan saya ? adakah awak yang sering buat saya tertawa? adakah awak yang saya tak pernah bersua muka ? saya pun tak pasti semua tu sebab jodoh itu rahsia allah. hanya allah yang tahu ...
 
awak.....
saya minta maaf terlebih dahulu sebab sebelum kita diijabkabulkan saya tidak menjaga aurat saya dengan sempurna , akhlak saya, tutur kata saya dan segala perbuatan saya sebelum saya menikahi awak. maafkanlah diri ini ... Saat saya menulis surat ini untuk awak  mungkin awak berpasangan dengan wanita lain atau mungkin awak mencari jodoh seperti saya . hanya satu saya minta dari awak , kawallah diri awak agar tidak terlanjur melakukan perbuatan yang dimurkai allah .
 
awak.....
saya ni tidaklah sebaik muslimah yang lain . saya juga seringkali tewas dengan bisikan syaitan . saya terpengaruh dengan kehidupan yang dikelilingi perbuatan maksiat.tetapi yakinlah awak pada diri saya yang saya sudah berubah .berubah kearah kebaikan, dan saya berharap saat saya diijabkabulkan dengan awak nanti saya sudahpun menjadi seorang wanita dan isteri yang solehah . yang menjaga maruah dan nama baik awak sebagai seorang suami. saya juga berharap yang awak akan terima seadanya diri saya sekarang mahupun masa silam saya . 
 
awak.....
wahai bakal suami dan imam dalam solatku ,saya jujur pada awak . awak bukanlah yang pertama yang hadir dalam hidup saya . awak jua bukanlah yang pertama menerima cinta saya dan saya rasa menyesal kerana memberi cinta saya pada orang yang salah . maaf , bukanlah niat dihati . saya hanya insan yang ingin dicintai tapi saya salah waktu dan orang . dalam perjalanan hidup saya sebelum berjumpa dengan awak. saya seringkali tersungkur mengungkap perkataan "ILOVEYOU" pada insan lain yang pernah hadir sebelum diri awak . maafkan saya kerana lalai .

Mr.Right imamku.....
saya tak berharap awak sesempurna RASULULLAH SAW . asalkan awak mengamalkan sunnah beliau dalam mendidik saya. saya mengharapkan kejujuran dan kesetiaan dari awak yang saya tak pernah rasa sebelum saya bertemu dengan awak. ketahuilah bakal suamiku , saya sering menangisi sikap mereka yang tidak jujur dan tidak menghargai saya dulu . saya tahu lelaki yang baik untuk perempuan yang baik . dengan itu saya berusaha untuk jadi yang terbaik agar saya mendapat pasangan yang baik . mohon bersabar kerana aku sekarang sedang berubah ...
 
bakal suamiku.....
akan saya ceritakan perjalan hidup saya setelah saya bergelar isteri kepada awak. saya nak awak menjaga saya , melindungi maruah saya dan sentiasa disisi saya tak kira saat saya susah mahupun senang . sudikah awak berbuat demikian? bakal suamiku..saya harap awak bukanlah seorang perokok yang tegar sebab saya alah dengan bau asap rokok tapi kalau awak merokok tolonglah isap rokok jauh-jauh okay. dan andai awak seorang yang suka makan harap bersabarlah kerana saya bukanlah seorang masterchef dan saya harap awak dapat membantu saya didapur nanti. kalau saya masak terlebih atau terkurang garam awak janganlah kutuk tau.hehehe .. dan kalau saya mengemas rumah pulak sudi-sudilah ringankan tangan dan kaki awak untuk membantu saya mengemas . barulah sweet kan? barulah macam pepatah kata berat sama dijunjung , ringan sama dijinjing .
 
banyak saya mahukan dari awak tapi saya rasa tak perlulah saya senaraikan masa sekarang. saya berharap awak mampu dan redha terima saya seadanya sebagai penyeri hidup awak walaupun saya tak berseri .hehehe , saya nak awak tahu yang saya akan sayang dan cintakan awak sepenuh hati saya . dan bersabarlah dengan perangai dan kerenah saya saat kita bersama nanti. Dari hati yang tulus ikhlas buat bakal suamiku yang aku tidak tahu siapa gerangan mu yang diciptakan allah untukku di Loh Mahfuz, terimalah diri saya seadanya. dengan lafaz Bismillahirohmanirrahim , aku bukakan pintu hati aku untukmu ..
 
salam rindu :
NURSHAHIRA BINTI MUSA
 
 


THANKS FOR READING

terima kasih ibu.

Assalamualaikum dan hai hai hai
lama betul tak update entri baru . rindu tak? hehehehe
actually tak busy mana pun cuma lappy tiada ditangan . kawan along pinjam -,-
and now dah dipulangkan semula. so boleh update entri sampai lebam 
okay okay . tak payah cerita banyaklah, disebabkan dah lama asha tak buat entri. asha ada satu cerita nak share dengan korang dan ia mengenai life asha dengan Mr.H lah . siapa lagi kan , hero pujaan malaya mak noq. hahaha tapi  ni nak cerita tentang ibu Mr.H .

hmmm, disebabkan sekarang Mr.H masih tak sembuh , asha pun keraplah kerumah ibu untuk berjumpa dan melawat dia . Mr.H masih tak boleh berjalan macam biasa lagi dan menggunakan tongkat .tapi alhamdulillah , beransur pulih . slow slow lah awak ye untuk sembuh . insyaallah , lepas ni boleh main futsal sampai lebam . hehehehe .. eh , kejap kejap . sebenarnya nak story pasal ibu . ibu Mr.H . hari ahad masa tahun baru cina tu asha , yana dan fatin ada datang rumah ibu untuk melawat ibu sebab Mr.H cakap ibu tak berapa sihat. so kitorang datang tengok ibu tanpa bawak apa apa dan hanya sehelai sepinggang -,- *maaf ibu*
ibu siap jamu makan lagi . haihhh ibu ni , susah susah jelah . then masa kitorang habis makan tu ibu nak keluar dengan ayah pergi jemputan walimatulurus orang kampung situ jugak dan kitorang pun nak gerak jugak sebab dah janji dengan fadhil dan nizam. masa nak salam salam ibu tu, ibu ada bagi asha satu surat :) fuhyoooo .. dapat angpau ! kau adoo? ahahha , taklah. asha gurau je. asha simpan surat tu dalam beg terus. rasa macam tak sabar nak balik rumah sebab nak baca surat ibu bagi tu . sampai je rumah terus masok bilik dan bukak surat ibu . baca perlahan-lahan.
airmata jatuh tiba-tiba . ibu sangat sweet :)
asha tak tahu nak kata apa masa baca surat tu . allah je tau apa asha rasa . 
terima kasih ibu .
ibu terima kasih sebab selalu masak dan jamu asha makan setiap kali asha datang . 
terima kasih sebab kasih sayang itu
terima kasih sebab layanan mesra yang Ibu bagi 
terima kasih untuk penerimaan baik asha dalam keluarga ibu
terima kasih untuk semua perkenalan ni . 
terima kasih ibu .
mama selalu pesan kat asha "jaga adab depan orang tua. jangan gedik gedik." tapi asha gedik jugakkan ibu? hahahha
terima kasih ibu untuk semua :)

ASHA SAYANG IBU.






THANKS FOR READING

life is short

senyum selagi ada gigi
senyum selagi ada sinar matahari
senyum selagi ada bulan menemani
senyum selagi ada seseorang menghampiri
senyum selagi kita masih diuji
senyum selagi kita diberi kekuatan untuk berdiri
senyum selagi kita masih mampu untuk hidup berdikari

 hopefully...

yaaa ... senyumlah sayang agar kita boleh hidup walau tanpa alasan
saya cuba tersenyum saat orang yang saya sayang menyayangi orang lain
saya cuba tersenyum saat saya dah tak kuat untuk hadapi semua dugaan allah ini
saya cuba tersenyum agar saya dapat kebahagiaan dihari kelak
saya cuba tersenyum agar orang sekeliling saya turut tersenyum
saya cuba tersenyum walau dalam hati saya punya 1001 rasa..
saya cuba tersenyum saat saya tak diperlukan lagi 
saya cuba . ya saya cuba :)

ya allah , beri aku kekuatan agar aku dapat jalani segala ujian mu ya allah . beri aku ketenangan agar aku terus tabah untuk semua ini . beri aku kebahagiaan agar aku tahu hidup ini bukan hanya untuk disakiti . berikan aku segala rasa cinta agar aku tidak melukai hati insan lain . ya allah ... saat aku hilang harapan dan tujuan , berikan aku kekuatan dan kesabaran untuk hadapi semua ini . dan berikan aku rasa syukur bahawa takdirmu melebihi segalanya .
amin...





 

THANKS FOR READING

jaga Mr.H

fiuhhhhh , penat !
asha penat sangat , rasa macam tak cukup tidur pun ada .
tapi penat asha berbaloi sebab asha dapat jumpa Mr.H .
tadi masa pergi melawat dia . ibu ada jugak , borak borak dengan ibu kejap lepastu masok bilik tengok Mr.H . tenang je dia tidur , tapi muka dia nampak lesu sikit. mungkin baru lepas operation . tu yang nampak lesu tu . asha tak kacau dia . tiba tiba dia terbangun "bila awak sampai?" soalan ke itu? hahahahah , yelah  . dah awak tidur . mana nak perasan saya datang . lagi pun saya tak nak ganggu awak . awak kena banyak rehat . asha kesian tengok Mr.H , badan dia panas . demam ! pastu ada nurse datang berborak , dia usik usik Mr.H pastu dia nak tengok kaki Mr.H ade ke nurse tu mintak izin asha . HAHAHAHA , nurse tu cakap "nak tengok sikit ek, boleh tak?" haiyakk.. dah malu gila masa itu . ibu pulak tak ada sebab ibu turun bawah pergi makan . segan baq hang ! pastu dah habis borak tu , kitorang berkenaln semua tu then sesi check tekanan darah dan suhu badan Mr.H . disebabkan badan dia panas . nurse tu suruh asha lap badan Mr.H . ya allah , saya kawan dia lah awak ! adoiiii ... ibu tak naik naik lagi . so asha pergi basahkan kain , amek air then masok je bilik tengok ibu dah ada . fuhhh! lega ! pastu asha bagi tahu ibu yang nurse tu suruh lap badan Mr.H . asha ingat asha bagi tahu ibu tu ibu lah buat , sebab takkan asha pulak yang nak buat kan ?
tapi.... 
ibu suruh asha buat , bila asha bagi kat ibu , ibu suruh asha buat jugak . errrrrr -,- malunya !!!
tanpa memandang Mr.H , asha lap jelah muka dia , tangan dia , BADAN dia ! boleh pulak dia pandang pandang asha , bila orang cakap jangan pandang . dia boleh senyum . GATAL !!! pastu nurse tu masok bagi panadol , segan asha masa tu . ishhhhh !!
lepas siap semua tu, asha mintak diri untuk balik . ibu pesan macam macam . 
ibu ajak BBM malam ni , tapi Mr.H dah delete asha . so tak dapatlah asha BBM dengan ibu .
okaylah . see you soon !




THANKS FOR READING

awak kena kuat

lemahnya badan ni
sakita segala urat sendi
rasa malas nak pergi kerja
tapi apakan daya .
errrr , tak payah nak pasrah sangatlah ayat tu asha .
hmmm
asha tak tahu nak cerita apa
tak tahu tangan ni nak type apa
tapi hati asha tetap nak create new post untuk readers asha 
untuk luahkan apa asha rasa
harap korang semua sudi baca 

actually , asha rindu kat Mr.H sangat sangat. asha tak tahu nak luahkan rindu tu macam mana . tapi asha rindu sangat . asha rasa macam nak tatap muka dia sepanjang masa . jaga dia setiap waktu , ada untuk dia setiap kali dia perlukan . hmmm , asha sayang dia . semalam pergi tengok dia , sempat lagi dia kenyit mata n dia cakap "saya sayang awak, sayang sangat"
awak .. saya pun sayang awak !

hmmm , asha takut tengok dia macam tu . kesian dia , asha tahu dia sakit sangat even dia cakap dia kuat macam tiger . hahaha , pandai awak nak sedapkan hati saya ye . asha rasa macam nak peluk dia je bagi semangat . nasib baik iman masih kuat , alhamdulillah . 
awak ... saya mintak maaf semalam saya tak kuat nak tengok awak , saya ternangis depan awak . maaf ye awak . saya tak tahu nak buat apa . awak genggam tangan saya pun saya rasa nak nangis lagi . hmmm , kesian awak ..
awak kena tahu semua yang berlaku ni ada hikmah , sebalik kedukaan ini insyaallah kita akan temu bahagia. kita sama sama doa ye awak . semoga awak cepat sembuh , dan alhamdulillah awak selamat menjalani operation tu dengan sempurna . tu semua berkat doa ibu , awak kena hargai jasa ibu . ibu teman awak , jaga awak ,kesian ibu . awak kena kuat jugak untuk ibu . semoga awak cepat sembuh .
saya sayang awak Mr.H







THANKS FOR READING